♥ Lee Taemin♥

♥ Lee Taemin♥

Friday, December 31, 2010

NAK MENANGIS :"(



Aku tak tahu nak story mcm mana. lepas aku dapat tahu perkara nih dari salah 1 laman web iaitu Oh!Media aku rasa mcm nak nangis ==! seriusly aku geram gila nih. ergg =.=




memang patut pon orang cakap dunia dah nak dekat kiamat. Ya Allah ==! aku dapat tahu terus mengigil okayy! tak tahu nak ckp mcm mana. yang aku tak puas hati nya dekat majlis tuh kebanyakkannya melayu. tak tahu la melayu dia tuh islam ke tak?! *sorry for say like that. aku tengah hangin tahap mex nih!

kalau lah tetiba Malaysia nih kena bencana aku tak tahu nak cakap apa. dah melebih sangat! fyi, perempuan pakai tudung siap ketawa2 weyh! and aku ada perhatikan siap ada yang pakai kopiah! Ya Allah, kau ampunkan lah dosa2 mereka serta dosa2 kami. jangan lah kau berikan bencana/ bala kepada kami Ya Allah :(

aku sedih sangat. kalau boleh rasa nak menitiskan air mata. mana perginya adat kita? atau lebih senang nak cakap, mana perginya Islam yang memang ada dalam diri kita. Astaghfirullah~ please kepada pihak atasan, buat lah apa2 tindakan. jangan sampai pisang berbuah dua kali. dekat dunia nih dah terlalu byk maksiat! jangan lah ditambah tambah lg. malu oii dengan islam. nama je islam, dekat i/c apa religion, ISLAM. tapi adakah islam itu atas i/c saja?

bukan aku nak cakap yang aku nih alim. tidak sama sekali! aku juga ada melakukan dosa. takde siapa dekat dunia nih yang sempurna. nobody perfect! tp sekurang kurangnya aku tahu dosa dan pahala. pleasee lahh weyh, jangan jatuhkan martabat orang ISLAM. i begged you :(

cukup lah setakat nih. aku dah tak mampu nak cakap apa. fikir fikir kan lah dan renung renung kan lah. dunia nih dah semakin tua, kita tak tahu usia kita panjang mana. esok kita hidup lagi ke tak. kita tak tahu. semoga orang2 yang berada di majlis tu mendapat hidayah dari Yang Maha Esa. InsyaAllah, aminn~ sama-samalah kita doa :(

GOOD LUCK ;)

Bukak fb terus nampak sesuatu yang membuatkan aku excited ==! apa dia? kalau korang tahu, confirm korang cakap aku nih memang dah sasau. HAHA. peduli apa aku :P semangat nih aku nak post tambah lg dengan semangat tahun baru. HOHO ;D







Aigoo :0 aku rasa macam tak percaya pulak. maybe semua orang akan fikir, betul ke nih fb taemin or just fanpage? =='' aku pon tak tahu but aku rasa betul punya. kalau tak percaya sila bukak my oppa :P

wahhh! rasa bahagia sangat. saat2 penutup tahun 2010 nih, ada jugak kebahagiaan yang aku terima. Terima kasih Allah :D

btw, lupa nak bgtahu. aku post nih sebab Taemin ada tulis dekat pic tuh yang dia mintak semua peminat dia mendoakan result college dia. hari isnin nih keluar. okayy, speech special for you Taemin Oppa :)*


good luck to you for this Monday. i know that you had done well in your exam :)hopefully you get high score in your exam! just believe in yourself. saranghae Taemin Oppa!

okayy! tuh je nak cakap ==! see you in another entry. bye ;)

NEW YEAR ;D


Hello 2011 ;D
Singgah sekejap dekat blog aku nih. cuma nak bgtahu aku tukar tema lagu blog pinkpink aku nih dengan lagu HELLO by SHINEE memandangkan aku memang addicted dengan Shinee.

Entry yang paling sikit, so jom ramai2 malam nih kita tengok mercun sempena Tahun Baru 2011. and say WELCOME TO NEW YEAR. ;)



Thursday, December 30, 2010

HELLO 2011


Last day for 2010 is today ==! wooo cepat betul masa berlalu. semakin cepat masa berlalu, semakin bertambah usia kita. Adakah tahun 2010 ini kita dapat mengumpul byk pahala? atau sebaliknya? renung renungkan lah. dan pastinya tahun ini byk peristiwa yang berlaku pada diri aku dan juga anda anda semua. kenangan pahit, manis, masam, masin semua kita rasa pada tahun 2010 ini. betul tak?

Tahun nie buat pertama kalinya aku hidup tanpa seorang ayah dan aku perlu menduduki peperiksaan besar iaitu PMR. Alhamdulillah aku dapat hadapinya dengan tabah. Sebenarnya tak tahu nak type apa, just i want to say


GOOD BYE 2010

HELLO TO 2011


Aku harap pada tahun baru, aku dapat mengumpul seberapa banyak keredhaanNya dan aku dapat hadapi tahun baru ini dengan sebaik mungkin. InsyaAllah

Aku juga nak minta maaf kepada semua para pembaca blog aku yang tak seberapa nih. Jika ada kesilapan yang tidak sengaja atau disengajakan dilakukan oleh tuan punya blog nih, harap harap lah dimaafkan. Tutup buku lama and buka buku baru, okayy ;) [0-0]

Buat UPSR, PMR, SPM candidates tahun 2011, good luck ==! do your best okayy ;)


Salam sayang dari tuan punya blog, WAWA WIEMPSUL


NGAUMAN MALAYA ;D

Okay okayy! semua orang dah post pasal bola semalam. so aku pon tak nak lah ketinggalan walaupun lambat post :P

Dengan bangga nya saya ishtiharkan MALAYSIA JUARA wooo :0!!




cehh! padahal semua orang dah tahu tuh. takpelahh! suka aku nak tulis ke tak. yang penting aku bangga jadi rakyat Malaysia. dulu kita semua mcm pandang rendah je dkt pemain bola sepak negara nih, sekali hamik kau! dia orang tunjukkan kehebatan dia orang pada malam semalam. memang terbaik lah aku cakap.

dekat rumah aku dengan mak aku je tinggal. yang abang aku dah keluar. tengok bola dekat luar. walaupun tinggal kami berdua je, rumah macam sepuluh orang weyhh tengok bola ==! bising gila dengan jeritan aku yang mempunyai tenaga yang banyak dalam badan dicampur lagi dengan suara mak aku yang tak berapa nak kuat tuh. HAHA

fyi, mak aku siap balik kerja awal tuh sebab nak tengok bola. dan yang paling mengejutkannya mak aku cakap sebenarnya dia nak ikut abang aku pergi tengok bola dekat restoran :0

terkujat mak, nyah! HAHA. penuh semangat mak aku semalam. siap potong sayur sambil tengok bola sambil membebel. buat 3 pekerjaan dalam 1 masa. hebat tak hebat mak aku ==! memang aku cakap semalam lah buat pertama kalinya aku tgk bola dari start sampai habis. selama nih mana lah aku minat tengok bola. lepas dah tengok tuh rasa macam best pulak terjerit jerit :p



rasa terharu masa tengok dia orang pegang piala tuh! Aigoo~ bertuah betul rasanya. Harap2 lepas nih kita dapat lagi jadi juara. yelahh selama 14 tahun menunggu akhirnya disaat saat penutup tahun 2010 mereka meninggalkan sejarah yang pasti kita ingati sampai bila2 ;)


bro! lu memang terbaik okayy. bangga gila dengan Khairul Fahmi nih ;)
btw, dekat fb ramai dah jatuh hati dekat dia. saya confuse sbntr =.= HAHA


HAH! nie lagi seorang. tabik spring sama dia.
5 jaringan dia yang jaringkan ==!
memang power rangers la lu ;)

apa yang penting kita perlu berterima kasih dekat Tuhan, sebab kerana Dia kita dapat menjulang piala emas tuh kan ;) Alhamdulillah. so kata kata semangat dari aku....


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
NGAUUUMMM :00

Sunday, December 26, 2010

FALL IN LOVE WITH T

Mesti semua yg baca confuse kan? tajuk tak habis2 fall in love. ahaks! memang aku nie cepat jatuh cinta. tapi yg betul2 punya belum lagi lahh. siapa T? itu adalah kekasih baru aku setelah S :p siapa pula S tuh? S stand by Siwon lah. dulukan aku ada suka dekat Siwon. tapi sekarang dah beralih arah dah. kesian Siwon kan? dpt peminat macam aku nih. tapi takpe, ramai lagi yg minat dia. ada aku kisah? =.= HAHA

Mari kita start story the lorry. HAHA

Siapa T tuh? T tuh Taemin lahh. group Shinee tuh. siapa tak kenal kan. aku rasa semua kenal dia. orang Malaysia sekarangkan dah fanatik dengan korea. kesian aku tgk artis2 Malaysia. macam endah tak endah je. HAHA. ada aku kisah? =.=

Fyi, aku suka sangat tengok muka dia. comel okayy ^^! umur dah lah baru 17 tahun kan. memang aku boleh jadi obses dengan dia. setiap kali bukak pc, first skali aku mesti kena bukak adalah Youtube. nak tengok Taemin. gila fanatik kan aku? ==''

aku dapat tahu yg Taemin nie pon suka Piano jugak tauk! aku suka piano ke? Suka gila wook! kalau lah aku ada duit. confirm aku beli. tak piano yg betul pon, keyboard pon jadi lahh. kalau PMR aku dapat byk A, dah tentu2 aku suruh mak aku beli keyboard. ini dapat berapa je :( eah! aku tak story lagi pasal result aku. arh! tak penting. kalau aku dapat 9A takpe jugak aku nak story the lorry dekat blog pinkpink nih!. ini dapat ciput je A. don't worry! SPM ada lagi. i will do my best! ;D

continue balik pasal Taemin. memang aku dah fall in love lah kan dengan dia. siap hari tuh mimpi dia lagi. auuu sweet kami berdua ini. HAHA ;P mehh sini aku bg korang tgk dia nyanyi lagu 'Only One For Me' lagu nie dia tujukan untuk aku. cehh! *perasaan lebih :P dengan video dia main Piano. boleh cair weeyhh aku tengok dia main Piano. Memang kami nih sehati sejiwa betul. :P



wooo! seriusly aku cair weyh ^^,




tergugat iman aku. saranghae Taemin oppa ^^,

geram sangat tengok dia main piano. bagi aku piano nih dpt menenangkan jiwa seseorang. lagi2 kalau dapat main lagu2 yg slow. fuhh! aku awal cakap memang best wook!

gambar yg aku suka sangat tengok. i don't know why? =.=

**pst pst, aku letak lagu yg Taemin suka main bila dia main piano dekat blog pink2 ni. hoho :P
**kalau rasa2 tak dapat dengar dengan jelas video tuh, korang search la yek dekat youtube. tuh pon kalau rajin lah kan :P



TAG FROM KINOT ;0

Dah lama sebenarnya aku ditag oleh kinot nieh. baru sekarang aku rasa nak buat. HAHA. sorry kinot. masa tak mengizinkan. cehh! ye ke? HAHA =.=




1. awak rasa awak hot ?
Rasa hot? ouh tidak! sebab sekarang saya duduk sebelah kipas.
so rasa SEJUK ;)

2. update wallpaper anda guna sekarang


saranghae Taemin ^^,

3. cerita pasal gambar ini
Dia comel woo! suka tengok muka dia ;)

4. kali terakhir makan pizza
Dekat MidValley. 20/12/2010 (suka tarikh nie)

5. lagu terakhir awak dengar
Firework by Katy Perry.

6. apa awak buat selepas selesai buat tag ni
Solat dan tengok tv.

7. selain nama awak sendiri,awak dipanggil dengan nama apa ?
Pinkyhippo, Cucu Cik Biru, Wawa

8. tag lagi 5 orang
1.intan afiqah
2.husna
3.saybee
4. kak eqin
5. little poney

9. siapa no 1. dengan awak ?
kalau saya cakap Taemin, boleh? =.= HAHA

10. katakan sesuatu pada orang no.5
Pujahh, UPSR buat betul2 okayy ^^,

11. no 3 ada hubungan dengan siapa?
tettt* dengan keluarga dia lahh!

12. bagaimana pula dengan no 2?
saya tahu! dengan family dia HAHA. ;P

13. kata2 cinta pada orang no 4
Aigoo~ cinta itu indah ye kak eqin syg ;)

14. berikan 4 fakta terbaik untuk org yg awak tag
cousin terhebatt, tinggi, form4 naik form5, garang! HAHA


** thnx for the tag! can you give me another intersting tag? =='' rasa mcm seronok pulakk jwb soalan2 mcm gini. HAHA

Saturday, December 25, 2010

LONG JOURNEY

Lama yang teramat aku tak update blog. Memang sejak dua menjak ni aku macam malas nak update. Tak tahu kenapa? =.= Kadang2 tuh ada jugak lah rasa nak update, bila dah bukak dashboard terus semangat mengupdate hilang.

Hari nie aku agak bosan, so aku rajin2 kan diri mengupdate blog yang dah berhabuk bagai nie. Act, banyak cerita yang aku nak cerita. So means dekat sini, entry aku kali ini agak panjang memandang tajuk entry aku pon LONG kan. HAHA

Awal muharam aku dah keluar dari rumah aku. Wahh! pergi mana? aku ada bgtahu kan dkt entry aku yg sebelum nie. aku stay dekat rumah cousin aku selama 2 minggu lebih. best wok! byk tempat aku jelajah. HAHA. kalau ada mak aku, confirm tak pergi punya. Mehh kita start dari first hari aku melangkah keluar dari rumah aku.

7/12/2010, 8/12/2010, 9/12/2010

aku pergi kluang. mak cik aku ada kerja dekat sana dan aku stay dekat rumah pak cik aku a.k.a abang kepada mak aku. mak cik aku dgn suami dia serta 2 lagi anaknya duduk hotel. aku dgn cousin aku, kina tidur rumah pak cik aku. sebab apa kami memilih tidur dirumah pak cik kami daripada hotel? sebab ada budak nie ;)

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Rifqa Dania

Hah! Budak nie lahh. tembam habis ==! geram aku dibuatnya. asyik kena usik je dgn aku. dia ada seorang akq, umur baru bape tahun. tapi takde gmbr dia pulak. dia tak suka amik gmbr. tapi takpe! gmbr adik dia lagi comel. HAHA

lepas 3 hari duduk rumah pak cik aku. tiba lah masanya aku menjejak kan kaki aku ke KL. teruja okayy. dah lama tak pergi KL. dah la pergi seorang dirikan. haruslah aku suka :0 siapa yg tak suka, holiday sendiri2 kan? semua benda kita boleh buat. HAHA

10/12/2010

tarikh nie, hari Jumaat. rasa bosan duduk rumah so aku ajak cousin aku pergi The Mines sebab nak beli headphone. aku nie kalau travel mesti kena ada headphone. memandangkan headphone aku dah ngek ngok so aku decide nak beli baru. warna yg dicari ofcourse pink lahh ;)




sudah pon ditemui! murah je harga dia. just RM19.90. so kepada sesiapa yg rasa2 nak beli headphone yg murah2, sila sila lah pergi The Mines okayy? * promote kjp. HAHA


.
.
.
.
.
.
.
.
.



gambar diambil setelah penat berjalan dekat The Mines. masa ni kita orang dekat dalam bas untuk balik rumah. muka kepenatan tapi seronok!



11/12/2010, 12/12/2010 dudk rumah sebab cuti minggu kan? kami rehat2 kumpul tenaga untuk berjalan pada hari isnin nanti.

13/12/2010

hari isnin plan kami pergi Times Square. aku ada post pasal aku tgk cerita Narnia dan jumpa kekasih baru tuh. so aku tak perlu la nak jelaskan apa2 untuk hari isnin ini okayy? ^^,

14/12/2010

aku masuk paper weyhh! HAHA. aku ikut pak cik aku pergi piket. seronok habis. piket korang bukak lahh link tuh. aku muka aku. HAHA. dah berzaman punya cerita, aku baru update sekarang. teruk betul aku nie kan? :P


.
.
.
.
.
.
.
.
.




sila abaikan muka aku yg mintak pelempang tuh! HAHA
patutnya aku dapat manila kad yg bertulis
'' Ayah Saudaraku Teraniaya! Dibuang Kerja''
bukan manila kad nih! HAHA

15/12/2010

aku pergi Alamanda. buat apa? saja jalan2~ sebenarnya adik cousin aku ada latihan berenang dekat area2 Alamanda tuh. so alang2 menyeluk pekasam, kami pun jalan2 lah sekejap dekat Alamanda tuh. aku tak beli apa2 pon. just beli novel yg bertajuk ' Isteriku Tomboy'. okay lah novel dia. tapi aku still bagi 10 bintang dekat novel ' Andai Itu TakdirNya '. Novel pertama yg buat air mata aku mengalir. dah baca byk kali still meleleh jugak. HAHA


.
.
.
.
.
.
.
.
.





16/12/2010

aku dgn family cousin aku gerak pergi Terengganu. sebab nak amik abg cousin aku a.k.a cousin aku lah kan?! HAHA. sampai sana dalam pukul 4 lebih then terus pergi Kelantan. sampai Kelantan dah malam terus cari homestay yg kami duduki selama kami disana. sebelum pergi homestay tuh, kita orang pergi cari makanan dulu sebab dah lapar sangat. dah habis makan semua terus balik homestay dan tidur!

*harap maaf, gambar untuk tarikh ini tiada. ;)

17/12/2010

bermula lah perjalanan kami pergi membeli belah. first tempat yg kita orang pergi... Rantau Panjang. byk wook kami beli barang. terutama sekali baju. memang murah2 dekat sana. rasa mcm nak beli je semua. HAHA. tapi takde duit mehh~

malam tuh kita orang pergi pasar malam yg jual byk gila baju. aku yg pening kepala sama ada nak beli ke tidak. aku just beli shawl anting2 je. beli untuk pakai keesokkan harinya.

*gambar untuk tarikh nie takde dlm fon aku. byk ada dekat cousin aku. so, sorry ;)

18/12/2010

okayy! untuk tarikh nie kami pergi Pengkalan Kubur. ergg =.= nama tempat dia sedikit menakutkan. HAHA. dekat sini tak byk sgt choice. tapi mk ck aku beli pinggan mangkuk serta lembek. yg penting murah! HEHE

dekat sini ada gmbr. hoho! gmbr dia aku suka sebab.....

HARI PINK SEDUNIA ;D

.
.
.
.
.
.
.
.
.



hah! hambik kau. sampai lelaki pun pakai warna pink.
suka tak suka aku ;D warna favourite aku pulak tuh! HAHA
tapi aku sedih :(
aku pendek weyhh! i admit it :(
mcm mana nak bg tinggi? HAHA

19/12/2010

Time to back home! selamat tinggal Kelateyy. rasa seronok sgt2 sebab dapat jalan jauh2. tapi yg tak best nya, kami terpaksa duduk dalam kereta selama 12 jam! besul tak besul bontot aku. hah! hambik kau. lagi kesian pakcik aku lah. kena drive. jauh tuh beb!


mak cik aku cakap, jgnlah korang kahwin dgn orang Kelantan. bukan apa, jauh nun disana kalau nak balik kampung. lagi2 masa raya. mahu tak lama duduk dalam kereta. HAHA

tapi aunty, kita rasa kita nak kahwin dgn orang yg lagi jauhhhhh~ dari Kelantan. nak kahwin dgn orang Korea. boleh? okayy jugak (K, K) kelantan dengan korea. HAHA tapi takpe, pergi korea naik flight. tak penat sgt. yg penat pilot la. kita tak~ HAHA

20/12/2010

hari isnin aku dgn cousin aku pergi MidValley. memandangkan aku tak pernah jejak kan aku aku nie dekat Mid. yeker? =='' i'm not sure lah. tapi rasanya mcm tak pernah pergi lagi. motif pergi sana, nak tgk wyg. cerita 'Aku Masih Dara' sama lah macam aku! HAHA

dekat Mid nie jugak aku jumpa insan baru yg telah memikat hati aku nih! cehh! ayat tak boleh blah kot. HAHA. dimana? dekat PizzaHut. kalau tgk face to face facebook nmpk mcm Ryzal yg berlakon dlm cerita Hani tuh. tapi bila aku jumpa facebook dia, erggg =.= muka lain seyh! rasa macam tak nak admit je.

macam mana aku boleh jumpa FB dia sedangkan aku tak kenal dia langsung? aku godeh lah dekat internet. apa guna ada kemudahan. teknologi sekarang dah canggih. macam2 ada. yg sulit ke tak sulit ke, mesti boleh jumpa punya. dan aku telah menggunakan kemudahan yg diberikan dengan mencari FB dia. HAHA *evil laugh :)

sampai je rumah, aku terus pinjam lappy pakcik aku terus search dekat fb 'Pizzahut MidValley'
sekali jumpa weyhh! HAHA. cousin aku yg godeh photo pizzahut midvalley tuh. sekali jumpa. memang terbaik lahh. aku apa lagi dengan gumbiranya meng'add' dirinya. tapi sampai sekarang tak approve2 lagi. dia jarang bukak fb dia tuh. mcm mana aku tahu? aku tahu lah! aku kan stalker terhebat diabad ini! cehhh~ tak boleh blahh! :p

21/12/2010

hari aku balik JB. tapi! sebelum aku balik JB, sempat juga aku pergi Mines buat kali terakhir. HAHA. pergi Mines sebab nak beli handbag baru. handbag aku yg dlu dah hancuss! aku pon tak tahu sebab apa. sedangkan baru beli. nak kata aku guna lasak, aku takde pulak bawak bag tuh pergi travel dlm hutan. hutan pon aku dah lama tak masuk.HAHA




pukul 3 lebih aku dah terpaksa keluar dari rumah untuk pulang ke JB. bas aku gerak pukul 4 petang. sampai tempat bas cari bas yg perlu aku naik. nak letak bag dlm bonet bas tuh, dah penuh. so terpaksa aku angkut bawak pergi tmpt duduk aku. you all guess what? aku duduk sebelah lelaki weyhh! ergg =.= tak pernah aku duduk sebelah lelaki serapat ituhh! dengan bag aku yg ada 4 biji. memang rasa terseksa lah kan.

nak tahu, tangan aku dgn dia dah bersentuhan, lutut lagi, peha lagi. aishh! tak pernah aku kena mcm tuh. fyi, dia lah lelaki asing pertama yg bersentuhan dgn aku. kalau jadi suami aku takpe jugak! nih? ermm... selamat aku pakai lengan panjang. tak kena kulit aku. kalau takk :( kesian suami aku nnt. HAHA

akhirnya aku selamat sampai di larkin pada jam 8.30 malam. syukur alhamdulillah~
dan aku dah penat nak menaip bagai. kita berhenti setakat ini saja.

Sekian, Terima Kasih ;)

Monday, December 13, 2010

SUDAH SETAHUN BERLALU





When I was a kid, my father told me every day, 'You're the most wonderful girl in the world, and you can do anything you want to.'




Pejam celik pejam celik, dah setahun perginya ayahanda tercinta Md Noor Bin Elias. selama setahun aku hidup tanpa nya memberi pengajaran untuk menghargai orang tersayang.

rasa kesunyian yang teramat sangat bila seorang bapa tiada disisi kita. sebelum ini, dia lah yang sering memberi inspirasi buat aku dan abang aku. sekarang tiada lagi dia bersama kami. rasa sedih yang sangat. kadangkadang aku terfikir, kenapa Allah tak tarik nyawa aku? kenapa Allah tarik nyawa ayah aku dulu?

mengimbas kembali detikdetik kehilangan seorang insan yang bergelar bapa buatku..



13/12/2009


selepas ayah balik dari jemputan orang kahwin di mersing, ayah cakap ayah rasa semput sangat sampaikan nak jalan dari depan rumah ke dalam rumah pon dah penat. aku pulak just buat derk jelahh sebab tak fikir apaapa. then ayah cakap dengan aku '' najwa, angkat ikan dekat belakang bonet kereta tu''. aku pula malas, dan tersemburlahh perkataan ini dari mulut aku '' aissh! meunyusahkan betul orang tua nie''. tanpa didengari oleh ayah aku.

dah malam sikit ayah cakap dengan aku, ''najwa, nanti cakap dengan ibu hantar ayah pergi hospital. ayah dah tak tahan. '' aku pon bagitahu ibu. dalam pukul 9 lebih sampai kami di hospital. masa tu, abang aku takde. aku tak ingat dia pergi mana. ayah aku ditahan diwad. aku dengan ibu aku balik disebabkan ayah aku tak nak ditemani.


14/12/2009


esok pagi kami bertolak pergi hospital dalam pukul 10 lebih. masa sampai dekat parking, ayah aku text dekat abang aku. tanya dekat mana? abang aku balas lahh, dah sampai dekat parking kereta.

duduk dekat hospital lama sangat. dalam tengahari, aku rasa penat penat sangat. aku merengek dengan ibu aku minta balik rumah kejap. rengek punya rengek, lastlast balik. masa tu dalam pukul 4 lebih.. abang aku pulak stay dekat hospital temankan ayah aku. masa tu, kitaorang tak syak apaapa sebab ayah aku macam biasa je. cuma dia berpeluh dan tak senang duduk.

sampai rumah dalam pukul 5 lebih, aku tengok tv, mak aku pulak tertido dekat sofa. tibatiba abang aku text. suruh pergi hospital cepat. aku pon cakap dengan mak aku. mak aku terus solat. aku pulak masa tu cuti. masa nak naik kereta abang aku call cakap ayah aku dah masuk ICU. aku relax je masa tu sebab aku tak fikir apaapa. mak aku je kelam kabut sikit.

sampai hospital, terus pergi ICU. masuk masuk tengok abang aku dah nangis. ayah aku pulak dah tak sedar kan diri. tibatiba aku rasa sebak sangat.. sungguh! aku diam je sebab tak boleh baca yassin. tapi dalam hati aku berdoa sangatsangat dengan Allah, tolong jangan ambil nyawa ayahku, Ya Allah! dalam masa yang sama ibu suruh aku dekat kan mulut aku dengan telinga ayah aku untuk berikan katakata semangat. '' ayah! bangun lah ayah.. kite mintak maaf kalau kita ade buat salah dekat ayah. kita sayang ayah! '' aku berbisik ditelinganya. dan aku berharap sangatsangat waktu itu ayah aku mendengarnya!!

tak lama lepas tu, doktor datang untuk buat pmeriksaan. doktor cakap, dia solat asar dulu lepas tu baru disahkan. tak lama, doktor datang sekali lagi. aku yang duduk disisi kaki ayah aku diam sambil berdoa. tidak lama lepas tu, doktor tepuk bahu ibu aku dan mengatakan....

'' Dia dah meninggal dunia ''

waktu tu, aku rasa nak rebah sangatsangat! tanpa aku sedari, aku meraung dan menangisi pemergian seorang insan yang paling aku sayangi! ''AYAH DAH TAKDE, NAJWA!!'' kata ibu aku. abang aku pula menangis disisi ibu aku..

Ya Allah! engkau telah mengambil semula ayahku setelah kau meminjamkannya kepadaku selama 14 Tahun. bagiku itu waktu yang cukup singkat. andai ada peluang kedua, ingin sekali aku mengatakan kepada ayah '' AYAH, NAJWA SAYANG AYAH SANGAT SANGAT!! '' tapi semuanya dah terlambat. dia terlebih dahulu meninggalkan kami sekeluarga.













'' Ayah, dah setahun ayah tinggalkan kita. dan setahun itu juga lah kita rasa sunyi
yang teramat sangat! Ayah, kenapa ayah pergi dulu? Ayah dah tak sayangkan kita
ke? Kami semua perlukan ayah. Kami semua sayang ayah!

Ayah, ayah pernah cakap dekat kita. Masa umur kita form4 ayah nak bawak 1 keluarga
pergi umrah. Tapi, kenapa ayah dah tinggalkan kita? Sekarang nie, rumah
sunyi sangat sangat. bila ajies balik kolej, tinggal kita berdua dengan ibu.

Ayah, sekarang cuti sekolah. Kalau ayah hidup lagi, mesti kena pergi holidaykan?
Takde lah kita menumpang orang ikut pergi holiday. Ayah nak tahu tak, kadang
kadang, kita rasa cemburu bila tengok orang lain masih ada ayah.
Kadang kadang kita rasa cembur bila orang lain bermesra dengan ayah diaorang.

Kita rindu dengan masakan ayah. Kita rindu nak kemas rumah dengan ayah.
Kita rindu nak tolong ayah masak dekat dapur. Kita rindu nak gurau dengan ayah.
Kita rindu nak picit kepala & kaki ayah bila ayah suruh.

KITA RINDU AYAH!!!




kenangan di vietnam..



kepada bloggers semua, sayangi lahh ayah korang sebelum mereka pergi meninggalkan korang buat selama lamanya. hanya dia jelahh yang sanggup membesarkan korang dengan penuh sabar.
hanya dia SEORANG! aku harap sangat sangat korang jangan jadi macam aku.

sungguh aku cakap, aku menyesal dengan katakata aku masa hari sebelum dia meninggal. menyesal sangat sangat!! kalau aku dapat putarkan balik masa, aku nak sangat sangat dia bangga dapat anak macam aku. dan aku tak kan sesekali sakit kan hati dia.

aku berharap sangat ayah sentiasa disisi orangorang yang beriman, ditempatkan di tempat yang dicintai oleh Allah.. amin~ Al-Fatihah..


BERJALAN SAKAN

Berjalan sungguh aku hari nie sampai melecet kaki tauk! HAHA . pagipagi bangon terus pergi Times Square! aku pergi dengan 2 cousin aku iaitu cik kinot && syahmi.

act, ada 2 tujuan kami pergi Times Square ...

first : nak tengok wayang GSC MAX 3D

second : nak pergi kedai korea

pukul 12 kami menapak ke KFC. nak carik KFC punya la payah! sampai sesat barat tauk! maklum lah aku nie orang Johor. lain la cousin aku lagi 2 orag tu. tu pon cousin aku yang syahmi tu tak pernah jejak TS even duduk KL. ishh3 :0

lepas mencekik dengan banyak nya sampai senak perut, kami menuju ke surau untuk menunaikan kewajipan kami sebagai muslim. ;) lepas solat, kami terus pergi wayang. cerita narnia menjadi pilihan kami. best gila wookk cerita dia. 3D la katekan. mana tak best nya.





nak tau, chenta baru aku ditemui lagi! HAHA. jangan marah yek. ini orang puteh pulak. kitakan 1 Malaysia a.k.a 1 Dunia. ;D nak tahu siapa chenta hati baru aku? mehh sini aku tunjukkan. tapi jangan amik dia dari aku eah! kalau siapa amik, siap dia! aku culik buat orang gaji dekat rumah aku tanpa gaji! HAHA.





handsome tak chenta hati aku yang baru ni? dalam cerita narnia tu, chenta hati aku ni siap jadi raja lagi tau! jangan marah tau! PRINCE CASPIAN. dan dah tentu aku jadi PRINCESS nya kan? PRINCESS CUCU CIK BIRU. okayy tak? samasama huruf depan [ C ] * berangan sudah!

aku nak perkenalkan cousin aku punya pulakk..





edmand namanya. tapi dalam cerita narnia tue la. nama betul aku malas nak tahu. HAHA. sorry cik kinot ;)

lepas tengok wayang, cousin aku yang lelaki tu terus balik, aku dengan cousin aku lagi seorang pergi kedai korea. maklumlahh kami nie kan addicted dengan korea. apa lagi, kesempatan yang ada aku pon menapak ke kedai tersebut.

pening jugak kepala aku masa sampai dekat kedai korea tu. mana taknya, banyak gila woo barangbarang korea! rambang mata aku. dah lah hargaharga dia mahal. terpaksa aku beli sikit je. kalau duit aku banyak that time, memang belambak laa aku beli. *toink toink

aku malas nak menceceh, gambar yang diambil menceritakan segalanya. even sikit, tapi boleh la yee?











kami cousin okayy ;)






love Taemin & Siwon ( Super Junior )

okayy! tue je lahh. badan dah penat sangatsangat! tahnx to syahmi && kina for accompany me!

Saturday, December 11, 2010

TEMUI CHENTA HATI BARU




Tajuk nampak gempak je kan? HAHA ;D saje je nak bagi semua orang excited nak baca. mesti dalam benak fikiran korang tu terlintas, ' wawa couple ke? dengan siapa ah?' HAHA
mana ada aku couple! budak sekolah lagi laa. duit belanja sekolah pon mak yang bagi. ada hati nak couplecouple bagai nie. uhhh! *bongkak habis aku.

straight to the point, okayy ;)

semalam family cousin aku bawak aku pergi makan NASI ARAB. dekat mana tu? dekat Arab la. HAHA. takde maknanya aku nak pergi nun jauh disana. dekat areaarea selangor je. aku tak pasti dekat mana sebab malam kan.

yang penting tempat dia best wook! makanan dia sodapsodap plus tak terangkat. HAHA ;D
ayat tak boleh blah! tapi inilah aku, wawa ;)

makan punya makan, tetiba mata tertacap terpana dengan seorang mamat ni, muka putih woo~ suka mehh aku tengok. dia just jadi waiter je dekat restoran tu. tapi apa kan daya, cinta pandang pertama. wahh! gila aku. berapa banyak kali aku nak jatuh cinta? ==''

bak kata cousin dan adik cousin aku, berapa banyak lelaki kau nak suka najwa? kejap korea, kejap akim, kejap itu, kejap ini.


HAHA. aku pon tak tahu. mana yang handsome dan sedap mata memandang, aku terus suka. gila tak gila aku ni. tapi, takde la aku suka sangatsangat sampai cinta hidup mati dengan seseorang. gila kau! aku umur baru setahun jagung. ada hati nak cintan cintun nie. aishhh!

btw, masa nak balik tu, keluar dari pintu restoran tu, terserempak dengan mamat yang aku suka tu, jalan sebelah aku je tauk! sukasuka <3 tinggi wook dia! aku paras bahu dia je ;) korang tau, cousin aku sakat aku. masa mamat tu jalan, cousin aku jalan dekat dengan mamat tu. tapi aku tak perasan! aku dah terpana dengan nur wajah dia. cehh! poyosss ayat aku yek?





**psst psst / masa otw nak pergi kereta, aku ada ternampak mamat arab nie muka dia macam Maher Zain okayy ;) tak dapat tengok Maher Zain betul, yang palsu pon boleh laa. HAHA

Friday, December 10, 2010

3 MINGGU TIADA DI RUMAH



Every piece of the universe, even the tiniest little snow crystal, matters somehow. I have a place in the pattern, and so do you…Thinking of you this holiday season


Setelah beberapa hari aku tak update blog sebab ketiadaan aku dirumah sendiri. harap maklum ye! HAHA. tetibe rindu pulak dekat rumah. tak silap aku dah dekat 4 hari aku berjalan tanpa keluarga disisi. dah biasa dah! sekarang aku dekat rumah cousin aku di selangor. woo~ tujuan stay dekat rumah dia sebab nak ikot keluarga cousin aku pergi holiday. maklum la, aku sekarang dah kurang berholiday. tu yang menumpang orang. HAHA

maybe aku takde dekat rumah sampai hujung bulan 12 ni. about 23, baru aku balik rumah aku. baik sadis kot tinggalkan mak aku sorangsorang dekat rumah. tapi takpe! sekejap je kot. lagipun abang aku ada dekat rumah. apa guna jadi anak kalau tak reti nak teman kan mak sendiri dekat rumah. asyik dia je kan berjalan, sekarang turn aku plak!

semalam aku pergi The Mines! best wook! jalanjalan usha pakwe. oppss! tidak sama sekali. aku beli headphone baru. warna pinkpink tauk! sukasuka. murah je. nak beli yang mahalmahal tak mampu. beli apa yang adoo. hari ini dan esok duduk rumah je. baca novel.

btw, aku agak kebingungan sebab novel yang aku beli masa mega sales masa tu, nampak macam best! yelaa, aku ada tengok dekat 1 rancangan nie, dia tunjukkan carta novel. dan novel yang aku baru habis baca tu no1. tapi bila aku baca, mak aihh! bosan yang amat. aku baca novel tue sampai seminggu lebih. lembap tak lembap aku baca. even tak best, aku tetap baca sampai habis. kalau beli, tapi tak baca, tak membazir namanya tu. cuma masa nak akhirakhir tu baru best!

sekarang bermula lah novel baru. CINTA 3 SUKU. tue novel cousin aku, kate dia novel tue best. siap bagi 5 bintang lagi. hebat tak hebat novel tue. HAHA. aku tak baca lagi, tapi macam best. lagilagi kulit depan novel tu warna pink. makin semangat aku nak baca. aishh! memilih betul aku. HAHA.

16 ni, aku pergi terengganu. sungguh aku tak sabar kot. berjalan habis aku. then, aku dapat tahu, family cousin aku nak singgah dekat kelantan sekali. wow! dah lama kot aku tak pergi kelantan nun jauh di sana. excited habis kot. HAHA. isnin ni pulak, maybe nak pergi Times Square. buat apa? ada lahh! dah stay dekat KL nie, tak sah kalau tak merayap. ye tak? rugi la kalau tak pergi. bukan senang nak jalanjalan macam nie. tunggu mak aku cuti panjang baru pergi. bila? aku pon tak pasti. ;)

setakat tu je entry aku kali ni, nanti kalau ada kelapangan aku update lagi ye? gonna miss you, bye ;p

Friday, December 3, 2010

GILA SHINEE ( TAEMIN )

Saatsaat aku rajin update datang kembali! sukasuka ;D

gila kan kumpulan SHINEE woo! sejak bila? sejak tadi masa aku tengok video dekat channel 713 astro. kalau siapasiapa minat dengan korea and nak tengok video korea, silasila lah bukak channel 713 setiap hari pada pukul 6 petang. channel 705 pun ada jugak. tapi pukul 3. tengok jangan tak tengok!

kepada merekamereka yang kenal aku, dan tahu aku minat Super Junior sebab ada Siwon. jangan risau! aku tak kan lupakan future husband aku tu. Siwon tetap di hati, okayy!




comel gila kot! tergoda saya tau! =='' Taemin lain dari Siwon. Siwon muka matang dan lebih kepada handsome. Taemin pulakk muka dia comel macam budakbudak je. HEHE

sekarang duduk depan pc download lagu Shinee bykbyk dan masuk kan dalam handphone. lagu Shinee yang paling aku minat, lagu Hello. rasa macam lagu baru. tapi tak tahu la sebab aku baru minat dekat kumpulan ni. baru berapa minit yang lepas. jadinya tak tahu menahu pasal kumpulan ni.

sebenarnya aku tak tahu pon nama Taemin ni Taemin. nampak muka dia comel je terus search dekat internet. rasarasa muka dia, terus tahu nama dia apa. sweet kan dia? =='' lepas ni nak letak gambar Taemin pulak dekat handphone. HAHA!




seronok tengok diaorang menari! muka semua comelcomel belaka! lagilagi Taemin. HAHA
aku bagi korang tengok video ni okayy! enjoy yourself. bye

Thursday, December 2, 2010

1/12/10

Entry yg kedua ya! walaupun tgn agak lenguh, tp takpe! demi blog pinkpink aku nie. aku sanggup lakukan apa aje.

1/12/10. pembukaan kepada bulan december. hari rabu pulak tue. aku hangout bersama besties aku. memang seronok. pagipagi dah terpacak dekat jusco. kami bukak kedai ye;) HAHA. takde la! aku nie memang suka pergi jusco awalawal. lagilagi hari rabu. kompem ramai yg dtg. maklumlahh, tiket wayang murah berbanding harihari biasa.

pukul 10 lebih dah sampai. pergi tandas kejap buat sesi makeup. bukan aku ye! kawan aku.




HAHA! pakai bulu mata ye?

okayy! lepas selesai pakai, terus pergi beli tiket wayang. NGANGKUNG mari! best kot cerita dia. even komedi, byk gila part aku jerit. naik semput aku duduk dalam wyg tue. bila masa hantu keluar, aku terus tutup mata aku dgn tgn. terangterang aku penakot kan. sila jangan gilak!


tiket wyg sudah dibeli, perut pon dah lapar. KFC kaki kami melangkah. you all nak tahu, ada mamat dekat KFC tue, minat dekat besties aku. siap bagi nombor lagi tau! romantik tak romantik mamat tu. mamat tu tulis dekat kertas, and suruh member dia bagi dekat besties aku.


rasa mcm dizaman dinousor pulak! kertas mengertas.

nak tau, kitaorang pulangkan balik kertas nie. kejam tak kejam kitaorang. sebelum kitaorang pulangkan, mcmmcm kitaorang buat dekat kertas tue. tulis nombor 999 la. buat muka terjeleyy lidah laa. memang sadis gila kitaorang. kesian pulakk aku tengok mamat tu. yela! niat dia suci nak berkenalan. tapi ini balasan yang dia dapat. maaflahh ye 'Farid'. kau nak berkenalan dengan salah orang.

kami tgk wyg pukul 1. lps tgk wyg, lepaklepak dekat foodcourt. jumpa dgn kawan lama. borakborak sekejap. then balik. seronok sgt! best moment tau! walaupun wiempsul tk cukup, tp takpe! it's okayy ;)

okayy lah! gmbr kenangan yg sempat kami amik. sila la tengok ;)


ieyna & maya

liya & wawa



best moment with you all my darling!


gonna miss you all!