♥ Lee Taemin♥

♥ Lee Taemin♥

Monday, December 13, 2010

SUDAH SETAHUN BERLALU





When I was a kid, my father told me every day, 'You're the most wonderful girl in the world, and you can do anything you want to.'




Pejam celik pejam celik, dah setahun perginya ayahanda tercinta Md Noor Bin Elias. selama setahun aku hidup tanpa nya memberi pengajaran untuk menghargai orang tersayang.

rasa kesunyian yang teramat sangat bila seorang bapa tiada disisi kita. sebelum ini, dia lah yang sering memberi inspirasi buat aku dan abang aku. sekarang tiada lagi dia bersama kami. rasa sedih yang sangat. kadangkadang aku terfikir, kenapa Allah tak tarik nyawa aku? kenapa Allah tarik nyawa ayah aku dulu?

mengimbas kembali detikdetik kehilangan seorang insan yang bergelar bapa buatku..



13/12/2009


selepas ayah balik dari jemputan orang kahwin di mersing, ayah cakap ayah rasa semput sangat sampaikan nak jalan dari depan rumah ke dalam rumah pon dah penat. aku pulak just buat derk jelahh sebab tak fikir apaapa. then ayah cakap dengan aku '' najwa, angkat ikan dekat belakang bonet kereta tu''. aku pula malas, dan tersemburlahh perkataan ini dari mulut aku '' aissh! meunyusahkan betul orang tua nie''. tanpa didengari oleh ayah aku.

dah malam sikit ayah cakap dengan aku, ''najwa, nanti cakap dengan ibu hantar ayah pergi hospital. ayah dah tak tahan. '' aku pon bagitahu ibu. dalam pukul 9 lebih sampai kami di hospital. masa tu, abang aku takde. aku tak ingat dia pergi mana. ayah aku ditahan diwad. aku dengan ibu aku balik disebabkan ayah aku tak nak ditemani.


14/12/2009


esok pagi kami bertolak pergi hospital dalam pukul 10 lebih. masa sampai dekat parking, ayah aku text dekat abang aku. tanya dekat mana? abang aku balas lahh, dah sampai dekat parking kereta.

duduk dekat hospital lama sangat. dalam tengahari, aku rasa penat penat sangat. aku merengek dengan ibu aku minta balik rumah kejap. rengek punya rengek, lastlast balik. masa tu dalam pukul 4 lebih.. abang aku pulak stay dekat hospital temankan ayah aku. masa tu, kitaorang tak syak apaapa sebab ayah aku macam biasa je. cuma dia berpeluh dan tak senang duduk.

sampai rumah dalam pukul 5 lebih, aku tengok tv, mak aku pulak tertido dekat sofa. tibatiba abang aku text. suruh pergi hospital cepat. aku pon cakap dengan mak aku. mak aku terus solat. aku pulak masa tu cuti. masa nak naik kereta abang aku call cakap ayah aku dah masuk ICU. aku relax je masa tu sebab aku tak fikir apaapa. mak aku je kelam kabut sikit.

sampai hospital, terus pergi ICU. masuk masuk tengok abang aku dah nangis. ayah aku pulak dah tak sedar kan diri. tibatiba aku rasa sebak sangat.. sungguh! aku diam je sebab tak boleh baca yassin. tapi dalam hati aku berdoa sangatsangat dengan Allah, tolong jangan ambil nyawa ayahku, Ya Allah! dalam masa yang sama ibu suruh aku dekat kan mulut aku dengan telinga ayah aku untuk berikan katakata semangat. '' ayah! bangun lah ayah.. kite mintak maaf kalau kita ade buat salah dekat ayah. kita sayang ayah! '' aku berbisik ditelinganya. dan aku berharap sangatsangat waktu itu ayah aku mendengarnya!!

tak lama lepas tu, doktor datang untuk buat pmeriksaan. doktor cakap, dia solat asar dulu lepas tu baru disahkan. tak lama, doktor datang sekali lagi. aku yang duduk disisi kaki ayah aku diam sambil berdoa. tidak lama lepas tu, doktor tepuk bahu ibu aku dan mengatakan....

'' Dia dah meninggal dunia ''

waktu tu, aku rasa nak rebah sangatsangat! tanpa aku sedari, aku meraung dan menangisi pemergian seorang insan yang paling aku sayangi! ''AYAH DAH TAKDE, NAJWA!!'' kata ibu aku. abang aku pula menangis disisi ibu aku..

Ya Allah! engkau telah mengambil semula ayahku setelah kau meminjamkannya kepadaku selama 14 Tahun. bagiku itu waktu yang cukup singkat. andai ada peluang kedua, ingin sekali aku mengatakan kepada ayah '' AYAH, NAJWA SAYANG AYAH SANGAT SANGAT!! '' tapi semuanya dah terlambat. dia terlebih dahulu meninggalkan kami sekeluarga.













'' Ayah, dah setahun ayah tinggalkan kita. dan setahun itu juga lah kita rasa sunyi
yang teramat sangat! Ayah, kenapa ayah pergi dulu? Ayah dah tak sayangkan kita
ke? Kami semua perlukan ayah. Kami semua sayang ayah!

Ayah, ayah pernah cakap dekat kita. Masa umur kita form4 ayah nak bawak 1 keluarga
pergi umrah. Tapi, kenapa ayah dah tinggalkan kita? Sekarang nie, rumah
sunyi sangat sangat. bila ajies balik kolej, tinggal kita berdua dengan ibu.

Ayah, sekarang cuti sekolah. Kalau ayah hidup lagi, mesti kena pergi holidaykan?
Takde lah kita menumpang orang ikut pergi holiday. Ayah nak tahu tak, kadang
kadang, kita rasa cemburu bila tengok orang lain masih ada ayah.
Kadang kadang kita rasa cembur bila orang lain bermesra dengan ayah diaorang.

Kita rindu dengan masakan ayah. Kita rindu nak kemas rumah dengan ayah.
Kita rindu nak tolong ayah masak dekat dapur. Kita rindu nak gurau dengan ayah.
Kita rindu nak picit kepala & kaki ayah bila ayah suruh.

KITA RINDU AYAH!!!




kenangan di vietnam..



kepada bloggers semua, sayangi lahh ayah korang sebelum mereka pergi meninggalkan korang buat selama lamanya. hanya dia jelahh yang sanggup membesarkan korang dengan penuh sabar.
hanya dia SEORANG! aku harap sangat sangat korang jangan jadi macam aku.

sungguh aku cakap, aku menyesal dengan katakata aku masa hari sebelum dia meninggal. menyesal sangat sangat!! kalau aku dapat putarkan balik masa, aku nak sangat sangat dia bangga dapat anak macam aku. dan aku tak kan sesekali sakit kan hati dia.

aku berharap sangat ayah sentiasa disisi orangorang yang beriman, ditempatkan di tempat yang dicintai oleh Allah.. amin~ Al-Fatihah..


BERJALAN SAKAN

Berjalan sungguh aku hari nie sampai melecet kaki tauk! HAHA . pagipagi bangon terus pergi Times Square! aku pergi dengan 2 cousin aku iaitu cik kinot && syahmi.

act, ada 2 tujuan kami pergi Times Square ...

first : nak tengok wayang GSC MAX 3D

second : nak pergi kedai korea

pukul 12 kami menapak ke KFC. nak carik KFC punya la payah! sampai sesat barat tauk! maklum lah aku nie orang Johor. lain la cousin aku lagi 2 orag tu. tu pon cousin aku yang syahmi tu tak pernah jejak TS even duduk KL. ishh3 :0

lepas mencekik dengan banyak nya sampai senak perut, kami menuju ke surau untuk menunaikan kewajipan kami sebagai muslim. ;) lepas solat, kami terus pergi wayang. cerita narnia menjadi pilihan kami. best gila wookk cerita dia. 3D la katekan. mana tak best nya.





nak tau, chenta baru aku ditemui lagi! HAHA. jangan marah yek. ini orang puteh pulak. kitakan 1 Malaysia a.k.a 1 Dunia. ;D nak tahu siapa chenta hati baru aku? mehh sini aku tunjukkan. tapi jangan amik dia dari aku eah! kalau siapa amik, siap dia! aku culik buat orang gaji dekat rumah aku tanpa gaji! HAHA.





handsome tak chenta hati aku yang baru ni? dalam cerita narnia tu, chenta hati aku ni siap jadi raja lagi tau! jangan marah tau! PRINCE CASPIAN. dan dah tentu aku jadi PRINCESS nya kan? PRINCESS CUCU CIK BIRU. okayy tak? samasama huruf depan [ C ] * berangan sudah!

aku nak perkenalkan cousin aku punya pulakk..





edmand namanya. tapi dalam cerita narnia tue la. nama betul aku malas nak tahu. HAHA. sorry cik kinot ;)

lepas tengok wayang, cousin aku yang lelaki tu terus balik, aku dengan cousin aku lagi seorang pergi kedai korea. maklumlahh kami nie kan addicted dengan korea. apa lagi, kesempatan yang ada aku pon menapak ke kedai tersebut.

pening jugak kepala aku masa sampai dekat kedai korea tu. mana taknya, banyak gila woo barangbarang korea! rambang mata aku. dah lah hargaharga dia mahal. terpaksa aku beli sikit je. kalau duit aku banyak that time, memang belambak laa aku beli. *toink toink

aku malas nak menceceh, gambar yang diambil menceritakan segalanya. even sikit, tapi boleh la yee?











kami cousin okayy ;)






love Taemin & Siwon ( Super Junior )

okayy! tue je lahh. badan dah penat sangatsangat! tahnx to syahmi && kina for accompany me!