♥ Lee Taemin♥

♥ Lee Taemin♥

Saturday, November 6, 2010





Photography Graphics, MySpace Photography

apa function aku letak pic nie aku tak tahu ;)
korang tengok jela ye !




Salam semua ;) update again . pada jam 6.30 ptg , aku baru balik dari Jusco . rancangan nak tgk wyg , tub2 sampai wyg kaunter da pjg mcm apa ;0 movie yg nak tgk plak dah full . sungguh sedih :( tp nak wat mcm mana . round2 dkt Jusco yg besar sungguh tue mcm orng takde arah . HAHA !
lawak jee . pergi sini tak kena , pergi sana tak kena .. pusing punya pusing entah berapa jam aku pon tak tahu .. at last , aku dengan cousin aku pergi Harris .

first area yg kami jejak of course rak novel kan .. tak banyak novel baru , kebanyakkan novel yg dah aku bce . yg dah berlapok pon ada .. tak fhm aku ! tak kan Harris tak dpt novel baru kot ?
arhh ! mls aku nak fikirkan ;) aku pon belek2 novel yg baru . terjumpa 1 novel nie , depan dia bit interesting .. aku pon bce sinopsis dia , wauu ! menarik ..

SEPUPUKU , SUAMIKU



sinopsis , sila tekan sicomel

menarik kan kan kan ? beli lah beli lah beli lah ! nnt sama2 kongsi pendapat okayy ;)

hoho ! mcm ada kene mengene dgn life aku jee ;) apakah dia ? biar aku saja yg tahu mehh ..
kalau aku story kang , tak psl2 riuh 1 kampung . let me keep this secret okay ;)
sekarang novel tue ada pada cousin aku . dia beria2 sgt nak bce dlu .. aku pon lynkan jelahh !
lagipon novel tue , dia yg beli . so tak kan aku nak bce dlu .. biarkan tuan empunya buku dlu yg bce . ye tak ? ^^,

cousin aku tue ada beli 2 novel , first yg tadi tue . yg kedua novel islamik2 skit . dua2 aku yg pilih . maklum laa budak gila novel , hehehe ;) depan novel dia gmbr lelaki dgn perempuan .
lelaki handsome ! perempuan cantik ! that's why la aku rasa mcm best je novel tue .
lagi pon rasa mcm ada uuummpp sebab kita dah boleh bygkan hero dgn heroin dia .
tajuk novel tue ..

KASIH KE SYURGA



sinopsis , sila tekan sicomel

menarik ? kalau rasa menarik beli lah .. tak rugi kalau kita beli sebab dalam masa yg sama kita dapat luangkan masa yg ada dengan perkara yg berfaedah sekaligus menerapkan sifat suka membaca dalam diri . dah macam karangan bm plak . maklumlah budak lepasan PMR la katekan ;)

okayy laa .. dah larut mlm , mybe i should go . btw , td aku usha piano & keyboard dkt YAMAHA jusco . fuhhh ! harga dia , lumayan beb .. mls nak bagitahu . kalau aku bgtahu pon , bukan nya dapat . hahahah ;D okayy laa , bye bye !

Friday, November 5, 2010

Hye peeps !

tengah buat apa tue ? cuti2 mcm nie mcm2 aktiviti korang buatkan ? ada yg lepak dekat rumah sambil menonton tv bersama keluarga , tak kurang juga yg berjln2 keluarkan duit prgi shopping bg yg perempuan laa ;) yg lelaki ? hangout dgn kwn2 . ye tak ?

sebenarnya takde topik pon , tp saje2 update sebab boring telah menguasai diri aku nie .
disebabkan takde topik , aku nak kongsikan sedikit maklumat @ info yang aku dapat dari
iluvislam

dekat iluvislam nie , perkara yg kita tak tahu dan yg dah tahu semuanya ada . kalau kita confuse tentang sesuatu perkara pon kita boleh rujuk dekat iluvislam nie . okayy ! berpatah balik tentang topik yg aku nak kongsi dengan korang nie . topik nie cerita pasal remaja & cinta ..

lepas aku baca artikal nie , aku tertarik dengan apa yg dikatakan . ye ! aku sebagai remaja perlu banyak maklumat kerana dunia sekarang da lain .. banyak kemungkaran yg berlaku terutama kalangan remaja nie . jadi , dengan ade nya iluvislam aku banyak dapat pengajaran ..
tanpa melengahkan masa , aku share dgn korang okay ;)

___________________________________________

Bercouple Atau Jual Mahal


Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan?

Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?

Bukan begitu. Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen.

Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah.

Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti.

Tetapi saya memang bingung.

Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.

Cinta Monyet

Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet.

Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar.

Ada sahaja rakan-rakan yang ber'cinta' seawal darjah lima.

Saya bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini.

Maka tidak hairanlah mengapa saya bingung ketika itu.

Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah lima.

Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat.

Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja.

Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam.

Kenyataan-kenyataan seperti; batch kami bercinta seperti tukar baju (pelajar batch tersebut sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari), ada senior mengaku dia bercinta untuk mencari pengalaman.

Aduh! Saya menjadi semakin bingung.

Benarkah ini semua?

Erti couple, cinta dan perkahwinan

Kini setelah saya berusia dua puluh dua tahun, saya semakin mengerti.

Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam.

Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa.

Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat saya cari jawapannya.

Buku Tentang Cinta karangan Ustaz Pahrol banyak membantu saya untuk memahami isu ini.

Tambahan pula, semasa saya di Kolej Yayasan UEM Lembah Beringin, forum Tentang Cinta telah diadakan. Panel-panel terdiri daripada Ustaz Pahrol sendiri, Ustaz Hashim (trainer Fitrah Perkasa) dan Ustaz Hasrizal.

Panel yang hadir cukup berpengalaman kerana mereka jauh lebih dewasa dan sudah berkeluarga.

Islam dan Cinta

Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan.

Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.

Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet?

Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?

Bercinta adalah berkasih sayang.

Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri?

Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri.

Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?

Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya.

Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita.

Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.

Semakin dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling).

Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan.

Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini).

Perkahwinan yang memang bergelora.

Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.

Jual mahal?

Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber'boyfriend', maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal.

Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.

Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber'boyfriend' itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih?

Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan?

Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?

Isu yang berat untuk difikirkan bersama.

Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :

"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".

Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah.

Tulisan ini sekadar perkongsian yang sudah mula saya fikirkan sejak kecil lagi. Mencari-cari apakah formulanya sedangkan Islam memang ada jawapannya.

Tulisan ini juga sekadar muhasabah diri dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kakak kandung saya yang bakal melansungkan pernikahan Sabtu ini.

Juga buat senior mahupun junior yang selamat diijabkabulkan sepanjang cuti ini.

Tahniah dan selamat menempuh alam baru!

copy dari iluvislam :)
______________________________________


okayy ! itu je kot nak kongsikan dgn korang . kalau ada ape2 kemusykilan sila2 lah layari iluvislam.com :)










Salam semua ;)

Okayy ! hari nie ade story skit nak dikongsi kan bersama . opss ! before terlupa , diucapkan kepada semua kaum India diseluruh Malaysia , Selamat Hari Deepavali ^^, kepada pekerja diluar sana agak2 seronok sebab cuti dapat sekali 3 hari . Jumaat , Sabtu && Ahad . Tp bukan untuk mak aku ucapan itu ditujukan , why ?? sebab hari nie dia pergi
kerja walaupun kalender dah bagi cuti . itulahh dia nasib bagi pekerjaan mak aku ;)

apa kerja mak aku ?? okayy ! let me tell you all , kerja officer di salah sebuah bank iaitu EON BANK . nampak macam senang je kan kerja nya bila kita dengar , tp sebaliknya .. aku yang ikut mak aku tadi macam nak
tak nak je bernafas . baru first time woo ~ dah penat .. inikan pulak mak aku , tiap2 hari mengadap bende alah tue . except Sabtu or Ahad laa . tue pon kadang2 mak aku pergi kerja ary Sabtu . sebab dah terlampau banyak !



pembuka gambar a.k.a pendahuluan ;)


see ! berrrtapa banyak surat && letter yang perlu aku uruskan . cehh ! show off gilerr aku . nie baru tolong ~
tp seyesly , banyak woo kena buat . selamat aku nie orang nya cepat tangkap , kalau tak ~ mmg lmbat laa
krje nak siap . haha ;D

btw , semalam Ustaz Anuar a.k.a pengetua sekolah aku masuk kelas . tp dia tak ajar laa sbb subjek semua dah habis dipelajari && diajari . lepas di bagi salam && dijawab oleh kami 1 kelas disertakan dengan doa belajar , secara tiba2 di tanya salah seorang daripada kami . " A , kenapa setiap orang mesti ada cita2 ? " yang A nie pendiam
orang nya ( lelaki ) . dia pon diam jelaa , sbb tak tahu nak jawab ape . salah seorang kawan dia yang baik hati
lagi suci nie pon tolong jawabkan " supaya kita ada matlamat hidup " .. YESS ! betul , setiap orang perlu
ada cita2 agar dia tahu matlamat hidup dia dan bla bla bla .
Ustaz berkata setelah mendengar jawapan dari salah seorang anak muridnya .

lepas Ustaz cakap itu , cakap ini . tibalah saat nya kawan aku disoal . " A ( perempuan ) , cita2 awak ape ? "
yang kawan aku ketawa jee . tak tahu cita2 dia apa . Ustaz pon cakap " kalau orang yang lambat jawab nie belum
tahu lagi cita2 dia apa " kawan aku pon belasah je laa . " nak jadi doktor ustaz ! " then Ustaz pon terangkan ,
kalau kita nak jadi doktor .. apa yang kita nak lakukan pada masa akan datang && bla bla bla .

sedang aku mengelamun pluss tahan mata dari terpejam , tiba2 Ustaz tanya " izzati , cita2 awak apa plak ? " HAHA ! tergelak aku ;D aku dah lah tak ada cita2 ( manusia pelik ) aku senyum jelahh . dengan takde perasaan aku jawab
" pegawai bank " padahal sebenarnya aku tak nak pon jadi PB .. Ustaz pon terangkan kalau nak jadi PB , kite kena
buat apa . dia bagi nasihat dekat semua orang .. aku dengar jelaa , padahal tak terdetik pon . aku main semburr jee sebab mak aku PB .

tadi masa dekat office mak aku pun sama .. kawan mak aku cakap ," waa ! tolong mak .. bagus3! ( bangga skjp ) ;pp takpe2 , buat praktikal yee ?" aku pon senyum jelaa . macam kebetulan plak , semalam aku cakap dengan Ustaz yg aku nak jadi pegawai bank . tub2 tadi aku tolong mak aku settle kan kerja dia yang tak bereh2 tue .
secara tak langsung , aku belajar laaa jugak perkara yang berlaku dekat office tue . betul tak ? hehehe ;)

okayy ! penat menaip . nah ! aku bagi korang tengok apa yang aku buat dekat office mak aku dari pukul 9 pagi sampai 3 petang ;)






nie baru sikit tauk ! banyak lagi ..


file banyak2 tue , aku kena check tauk !


file yang seterusnya ;)



kerja yang paling mudah buat aku ^^


banyak kan ?? tapi bagi aku buat kerja nie happy pluss memenatkan . sebab apa ?
kita happy sebab dapat tolong orang , lagi2 orang tue mak kita :)
penat , of course laa ~ banyak woo kerja nya .
kerja2 macam nie memerlukan tenaga dan daya mental yg kuat :)
tak perlu tanya aku kenapa . malas nak jawab .. hehe :)

okayy laa ! dah penat menaip . aku caww dlu babeh ;)
see you again . bye ^^,