Hari nie aku agak bosan, so aku rajin2 kan diri mengupdate blog yang dah berhabuk bagai nie. Act, banyak cerita yang aku nak cerita. So means dekat sini, entry aku kali ini agak panjang memandang tajuk entry aku pon LONG kan. HAHA
Awal muharam aku dah keluar dari rumah aku. Wahh! pergi mana? aku ada bgtahu kan dkt entry aku yg sebelum nie. aku stay dekat rumah cousin aku selama 2 minggu lebih. best wok! byk tempat aku jelajah. HAHA. kalau ada mak aku, confirm tak pergi punya. Mehh kita start dari first hari aku melangkah keluar dari rumah aku.
7/12/2010, 8/12/2010, 9/12/2010
aku pergi kluang. mak cik aku ada kerja dekat sana dan aku stay dekat rumah pak cik aku a.k.a abang kepada mak aku. mak cik aku dgn suami dia serta 2 lagi anaknya duduk hotel. aku dgn cousin aku, kina tidur rumah pak cik aku. sebab apa kami memilih tidur dirumah pak cik kami daripada hotel? sebab ada budak nie ;)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rifqa Dania
Hah! Budak nie lahh. tembam habis ==! geram aku dibuatnya. asyik kena usik je dgn aku. dia ada seorang akq, umur baru bape tahun. tapi takde gmbr dia pulak. dia tak suka amik gmbr. tapi takpe! gmbr adik dia lagi comel. HAHA
lepas 3 hari duduk rumah pak cik aku. tiba lah masanya aku menjejak kan kaki aku ke KL. teruja okayy. dah lama tak pergi KL. dah la pergi seorang dirikan. haruslah aku suka :0 siapa yg tak suka, holiday sendiri2 kan? semua benda kita boleh buat. HAHA
10/12/2010
tarikh nie, hari Jumaat. rasa bosan duduk rumah so aku ajak cousin aku pergi The Mines sebab nak beli headphone. aku nie kalau travel mesti kena ada headphone. memandangkan headphone aku dah ngek ngok so aku decide nak beli baru. warna yg dicari ofcourse pink lahh ;)

sudah pon ditemui! murah je harga dia. just RM19.90. so kepada sesiapa yg rasa2 nak beli headphone yg murah2, sila sila lah pergi The Mines okayy? * promote kjp. HAHA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
gambar diambil setelah penat berjalan dekat The Mines. masa ni kita orang dekat dalam bas untuk balik rumah. muka kepenatan tapi seronok!
11/12/2010, 12/12/2010 dudk rumah sebab cuti minggu kan? kami rehat2 kumpul tenaga untuk berjalan pada hari isnin nanti.
13/12/2010
hari isnin plan kami pergi Times Square. aku ada post pasal aku tgk cerita Narnia dan jumpa kekasih baru tuh. so aku tak perlu la nak jelaskan apa2 untuk hari isnin ini okayy? ^^,
14/12/2010
aku masuk paper weyhh! HAHA. aku ikut pak cik aku pergi piket. seronok habis. piket korang bukak lahh link tuh. aku muka aku. HAHA. dah berzaman punya cerita, aku baru update sekarang. teruk betul aku nie kan? :P
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sila abaikan muka aku yg mintak pelempang tuh! HAHA
patutnya aku dapat manila kad yg bertulis
'' Ayah Saudaraku Teraniaya! Dibuang Kerja''
bukan manila kad nih! HAHA
15/12/2010
aku pergi Alamanda. buat apa? saja jalan2~ sebenarnya adik cousin aku ada latihan berenang dekat area2 Alamanda tuh. so alang2 menyeluk pekasam, kami pun jalan2 lah sekejap dekat Alamanda tuh. aku tak beli apa2 pon. just beli novel yg bertajuk ' Isteriku Tomboy'. okay lah novel dia. tapi aku still bagi 10 bintang dekat novel ' Andai Itu TakdirNya '. Novel pertama yg buat air mata aku mengalir. dah baca byk kali still meleleh jugak. HAHA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
16/12/2010
aku dgn family cousin aku gerak pergi Terengganu. sebab nak amik abg cousin aku a.k.a cousin aku lah kan?! HAHA. sampai sana dalam pukul 4 lebih then terus pergi Kelantan. sampai Kelantan dah malam terus cari homestay yg kami duduki selama kami disana. sebelum pergi homestay tuh, kita orang pergi cari makanan dulu sebab dah lapar sangat. dah habis makan semua terus balik homestay dan tidur!
*harap maaf, gambar untuk tarikh ini tiada. ;)
17/12/2010
bermula lah perjalanan kami pergi membeli belah. first tempat yg kita orang pergi... Rantau Panjang. byk wook kami beli barang. terutama sekali baju. memang murah2 dekat sana. rasa mcm nak beli je semua. HAHA. tapi takde duit mehh~
malam tuh kita orang pergi pasar malam yg jual byk gila baju. aku yg pening kepala sama ada nak beli ke tidak. aku just beli shawl anting2 je. beli untuk pakai keesokkan harinya.
*gambar untuk tarikh nie takde dlm fon aku. byk ada dekat cousin aku. so, sorry ;)
18/12/2010
okayy! untuk tarikh nie kami pergi Pengkalan Kubur. ergg =.= nama tempat dia sedikit menakutkan. HAHA. dekat sini tak byk sgt choice. tapi mk ck aku beli pinggan mangkuk serta lembek. yg penting murah! HEHE
dekat sini ada gmbr. hoho! gmbr dia aku suka sebab.....
HARI PINK SEDUNIA ;D
.
.
.
.
.
.
.
.
.

hah! hambik kau. sampai lelaki pun pakai warna pink.
suka tak suka aku ;D warna favourite aku pulak tuh! HAHA
tapi aku sedih :(
aku pendek weyhh! i admit it :(
mcm mana nak bg tinggi? HAHA
19/12/2010
Time to back home! selamat tinggal Kelateyy. rasa seronok sgt2 sebab dapat jalan jauh2. tapi yg tak best nya, kami terpaksa duduk dalam kereta selama 12 jam! besul tak besul bontot aku. hah! hambik kau. lagi kesian pakcik aku lah. kena drive. jauh tuh beb!
mak cik aku cakap, jgnlah korang kahwin dgn orang Kelantan. bukan apa, jauh nun disana kalau nak balik kampung. lagi2 masa raya. mahu tak lama duduk dalam kereta. HAHA
tapi aunty, kita rasa kita nak kahwin dgn orang yg lagi jauhhhhh~ dari Kelantan. nak kahwin dgn orang Korea. boleh? okayy jugak (K, K) kelantan dengan korea. HAHA tapi takpe, pergi korea naik flight. tak penat sgt. yg penat pilot la. kita tak~ HAHA
20/12/2010
hari isnin aku dgn cousin aku pergi MidValley. memandangkan aku tak pernah jejak kan aku aku nie dekat Mid. yeker? =='' i'm not sure lah. tapi rasanya mcm tak pernah pergi lagi. motif pergi sana, nak tgk wyg. cerita 'Aku Masih Dara' sama lah macam aku! HAHA
dekat Mid nie jugak aku jumpa insan baru yg telah memikat hati aku nih! cehh! ayat tak boleh blah kot. HAHA. dimana? dekat PizzaHut. kalau tgk face to face facebook nmpk mcm Ryzal yg berlakon dlm cerita Hani tuh. tapi bila aku jumpa facebook dia, erggg =.= muka lain seyh! rasa macam tak nak admit je.
macam mana aku boleh jumpa FB dia sedangkan aku tak kenal dia langsung? aku godeh lah dekat internet. apa guna ada kemudahan. teknologi sekarang dah canggih. macam2 ada. yg sulit ke tak sulit ke, mesti boleh jumpa punya. dan aku telah menggunakan kemudahan yg diberikan dengan mencari FB dia. HAHA *evil laugh :)
sampai je rumah, aku terus pinjam lappy pakcik aku terus search dekat fb 'Pizzahut MidValley'
sekali jumpa weyhh! HAHA. cousin aku yg godeh photo pizzahut midvalley tuh. sekali jumpa. memang terbaik lahh. aku apa lagi dengan gumbiranya meng'add' dirinya. tapi sampai sekarang tak approve2 lagi. dia jarang bukak fb dia tuh. mcm mana aku tahu? aku tahu lah! aku kan stalker terhebat diabad ini! cehhh~ tak boleh blahh! :p
21/12/2010
hari aku balik JB. tapi! sebelum aku balik JB, sempat juga aku pergi Mines buat kali terakhir. HAHA. pergi Mines sebab nak beli handbag baru. handbag aku yg dlu dah hancuss! aku pon tak tahu sebab apa. sedangkan baru beli. nak kata aku guna lasak, aku takde pulak bawak bag tuh pergi travel dlm hutan. hutan pon aku dah lama tak masuk.HAHA
pukul 3 lebih aku dah terpaksa keluar dari rumah untuk pulang ke JB. bas aku gerak pukul 4 petang. sampai tempat bas cari bas yg perlu aku naik. nak letak bag dlm bonet bas tuh, dah penuh. so terpaksa aku angkut bawak pergi tmpt duduk aku. you all guess what? aku duduk sebelah lelaki weyhh! ergg =.= tak pernah aku duduk sebelah lelaki serapat ituhh! dengan bag aku yg ada 4 biji. memang rasa terseksa lah kan.
nak tahu, tangan aku dgn dia dah bersentuhan, lutut lagi, peha lagi. aishh! tak pernah aku kena mcm tuh. fyi, dia lah lelaki asing pertama yg bersentuhan dgn aku. kalau jadi suami aku takpe jugak! nih? ermm... selamat aku pakai lengan panjang. tak kena kulit aku. kalau takk :( kesian suami aku nnt. HAHA
akhirnya aku selamat sampai di larkin pada jam 8.30 malam. syukur alhamdulillah~
dan aku dah penat nak menaip bagai. kita berhenti setakat ini saja.
Sekian, Terima Kasih ;)




No comments:
Post a Comment