♥ Lee Taemin♥

♥ Lee Taemin♥

Thursday, December 30, 2010

NGAUMAN MALAYA ;D

Okay okayy! semua orang dah post pasal bola semalam. so aku pon tak nak lah ketinggalan walaupun lambat post :P

Dengan bangga nya saya ishtiharkan MALAYSIA JUARA wooo :0!!




cehh! padahal semua orang dah tahu tuh. takpelahh! suka aku nak tulis ke tak. yang penting aku bangga jadi rakyat Malaysia. dulu kita semua mcm pandang rendah je dkt pemain bola sepak negara nih, sekali hamik kau! dia orang tunjukkan kehebatan dia orang pada malam semalam. memang terbaik lah aku cakap.

dekat rumah aku dengan mak aku je tinggal. yang abang aku dah keluar. tengok bola dekat luar. walaupun tinggal kami berdua je, rumah macam sepuluh orang weyhh tengok bola ==! bising gila dengan jeritan aku yang mempunyai tenaga yang banyak dalam badan dicampur lagi dengan suara mak aku yang tak berapa nak kuat tuh. HAHA

fyi, mak aku siap balik kerja awal tuh sebab nak tengok bola. dan yang paling mengejutkannya mak aku cakap sebenarnya dia nak ikut abang aku pergi tengok bola dekat restoran :0

terkujat mak, nyah! HAHA. penuh semangat mak aku semalam. siap potong sayur sambil tengok bola sambil membebel. buat 3 pekerjaan dalam 1 masa. hebat tak hebat mak aku ==! memang aku cakap semalam lah buat pertama kalinya aku tgk bola dari start sampai habis. selama nih mana lah aku minat tengok bola. lepas dah tengok tuh rasa macam best pulak terjerit jerit :p



rasa terharu masa tengok dia orang pegang piala tuh! Aigoo~ bertuah betul rasanya. Harap2 lepas nih kita dapat lagi jadi juara. yelahh selama 14 tahun menunggu akhirnya disaat saat penutup tahun 2010 mereka meninggalkan sejarah yang pasti kita ingati sampai bila2 ;)


bro! lu memang terbaik okayy. bangga gila dengan Khairul Fahmi nih ;)
btw, dekat fb ramai dah jatuh hati dekat dia. saya confuse sbntr =.= HAHA


HAH! nie lagi seorang. tabik spring sama dia.
5 jaringan dia yang jaringkan ==!
memang power rangers la lu ;)

apa yang penting kita perlu berterima kasih dekat Tuhan, sebab kerana Dia kita dapat menjulang piala emas tuh kan ;) Alhamdulillah. so kata kata semangat dari aku....


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
NGAUUUMMM :00

3 comments:

  1. saye pun dah jatuh cinte kat ABANG Khairul Fahmi Che Mat *winkwink*

    ReplyDelete
  2. hui, setahu aku ma'sia jaringkan 4 goal asal ttbe 5 nyahh oii?

    ReplyDelete
  3. saybee : aduss! habis lah mcm nie makwe dia. byk pesaing woo. HAAHA

    kina : kata abang aku 5 lahh :P

    ReplyDelete